Malang nasib Rita Ora apabila dia dikhabarkan terkandas di Bulgaria dan berkemungkinan besar tidak dapat meraikan Krismas bersama keluarga.
Ini kerana kesemua penerbangan ke United Kingdom dibatalkan disebabkan pandemik Covid-19.
Pihak kerajaan Bulgaria mengeluarkan arahan pembatalan penerbangan masuk dan keluar England sehingga 31 Januari 2021. Perintah itu dibuat setelah penularan varian baru coronavirus ditemui di negara itu.
Pelantun lagu Let You Love Me itu dilaporkan terbang ke sana untuk menjalani penggambaran video muzik. Satu sumber mengatakan Rita mahu ‘menenangkan fikiran’ ketika perjalanan tersebut, setelah dikritik kerana melanggar peraturan sekatan pergerakan dengan menganjurkan parti hari jadi mewah November lalu.
Dia kemudiannya membuat permohonan maaf dan terpaksa membayar denda RM55,000.
“Perkara tersebut memberi kesan pada dirinya kerana dia tahu telah melakukan kesalahan besar. Namun dia ingin menjelaskan betapa dia menyesalinya, kemudian mahu menjauhkan diri daripada tumpuan lensa buat sementara waktu,” jelas sumber tersebut.
Walaupun terdapat pengecualian untuk melakukan perjalanan, setiap pengunjung yang memasuki Bulgaria perlu menjalani kuarantin selama 10 hari.
Foto: Getty Images
Baca: Tawar Bantuan Wang Kepada Peminat, Kim Kardashian Dikecam