Teks : Khairul Abidin
Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, Karlie Kloss dan tunangnya Joshua Kushner berkahwin semalam.
Karlie Kloss berkongsi gambar perkahwinannya di Instagram hari ini (waktu Malaysia) yang berlangsung pada 18 Oktober 2018. Perkahwinannya dengan ahli perniagaan Amerika itu dihadiri lebih 80 orang tetamu di New York dan diraikan dalam tradisi perkahwinan Yahudi.
Karlie Kloss yang juga merupakan hos untuk program TV Project Runway menggayakan gaun renda berwarna putih hasil kreasi rumah fesyen Paris, Christian Dior. Supermodel berusia 26 tahun ini mengikat tali pertunangan pada Julai lalu.