Tidak sampai 10 minit tiket menyaksikan konsert solo terakhir G-Dragon sebelum dia menyertai latihan ketenteraan habis dijual ibarat pisang goreng panas.
Konsert solo ini merupakan konsert ketiga bintang kegilaan ramai ini. Tiket tersebut yang dijual pada 13 April lepas laris sekelip mata, biarpun konsert tersebut bakal berlangsung pada Jun nanti.
Ternyata ramai peminatnya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan G-Dragon secara langsung di Seoul’s World Cup Stadium.
G-Dragon dikatakan bakal menyertai latihan ketenteraan pada hujung tahun ini. Berkemungkinan juga yang mana disebabkan faktor itu rata-rata peminat tidak mahu melepaskan peluang itu.
Konsert G-Dragon itu diberi nama ACT III – M.O.T.T.E atau Mother’s Womb. G-Dragon turut pernah melangsungkan dua konsert solo sebelum ini iaitu pada tahun 2009 dan 2013. Kedua-duanya turut mendapat sambutan hangat.