“Started from the bottom now we’re here. I want to see your love story,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Perkongsian itu muncul sehari selepas pasangan itu mengesahkan berita kelahiran cahaya mata kedua menerusi satu kenyataan kepada pihak media, “Joe dan Sophie berbesar hati mengumumkan kelahiran anak perempuan kedua mereka.”
Pasangan itu memiliki seorang puteri bernama Willa Jonas yang dilahirkan pada Julai 2020, dua bulan selepas mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama.
Joe dan Sophie disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis tertutup di Las Vegas pada 1 Mei 2019 dan diraikan dalam satu majlis resepsi meriah di Perancis sebulan kemudian.