Bella Hadid merupakan antara selebriti yang lantang menyatakan sokongannya terhadap Palestin.
Bella bersama kakak dan adik lelakinya, Gigi dan Anwar dilihat giat ‘berjuang’ di media sosial semenjak kes keganasan di wilayah Israel-Palestin meningkat.
Bapa mereka, Mohamed Hadid dilahirkan di Palestin dan diusir dari tanah air sendiri sebelum melarikan diri bersama keluarga ketika perang Palestin 1947-1949.
