Dakwaan itu muncul selepas Shakira dilaporkan menolak perjanjian untuk menyelesaikan kes tersebut bersama pihak pendakwa raya.
Menurut jurucakap, dia yakin sepenuhnya bahawa dirinya tidak bersalah dan menganggap kes penipuan cukai itu sebagai satu pencabulan terhadap haknya.
Sebelum ini ratu pop latin itu menegaskan bahawa dia telah membayar lebih RM78 juta iaitu jumlah yang dituntut pihak berkuasa Sepanyol dan mendakwa tidak mempunyai sebarang hutang tertunggak.
Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan namun Shakira diharapkan mampu menyelesaikan kes ini dengan kadar segera jika mahu terus bertahan dalam industri hiburan Hollywood.
Baca: Shakira Dedah Punca Perpisahan Dengan Gerard Pique Menerusi Lagu