“Gisele kini sibuk dengan kehidupannya sendiri dan meluangkan masanya jauh dari sisi Tom dengan berulang alik dari Miami dan New York,” jelas satu sumber.
Satu lagi sumber mendedahkan, keputusan Tom membatalkan persaraannya telah melukakan hati supermodel itu yang pernah meluahkan keinginan untuk melihat suaminya meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka.
Pasangan itu memiliki dua cahaya mata iaitu Benjamin Rein, 12, dan Vivian Lake, 9. Tom turut memiliki seorang lagi anak lelaki bernama John Edward, 15, hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isteri yang juga pelakon, Bridget Moynahan.