Bagaimanapun sumber ketiga mengatakan pemain legenda itu memastikan dia mencari masa buat keluarganya.
“Tiada pemain lain yang bergelar suami mendapat cuti selama enam bulan dalam setahun untuk berbakti sepenuhnya kepada keluarga mereka. Dan ya, ketika perlawanan dia perlu mengembara dan berlatih, namun dia juga meluangkan banyak masa bersama keluarganya.”
Pasangan itu memiliki sebuah kediaman mewah bernilai RM77.5 juta di Indian Creek Village di Miami.
“Mereka berdua mahu tinggal di Miami. Mereka menyukai bandar itu dan mempunyai ramai kawan di sana. Saya tidak rasa mereka telah berpisah, pasti mereka sedang mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul,” tambah sumber.
Baca: Umum Bersara, Tom Brady Bakal Kembangkan Kerjaya Sebagai Pelakon?