Tahun 2022 memahat detik hitam buat pemain bola sepak tersohor Ronaldo, teman wanitanya Georgina Rodriguez dan anak-anak mereka.
Pada bulan April Georgina melahirkan sepasang anak kembarnya bersama Ronaldo, bagaimanapun hanya seorang sahaja yang hidup dan diberi nama Bella Esmerelda. Pempengaruh media sosial itu meluahkan keperitan yang dialaminya dalam I Am Georgina musim kedua yang disiarkan baru-baru ini.
Memasuki tahun 2023, Ronaldo membawa Georgina dan lima anaknya iaitu Cristiano Jr, pasangan kembar Eva dan Mateo, Alana serta Bella berpindah ke negara Timur Tengah, Arab Saudi. Perpindahan itu adalah sebahagian daripada perjanjian penting yang ditandatangani Ronaldo bersama kelab bola sepak Al-Nassr. Menurut Sporting News, dia menjana pendapatan melebihi RM938 juta setahun dengan kontrak selama dua tahun enam bulan.