1. Selena Gomez
Kali pertama Selena menjauhkan diri daripada tumpuan media sosial adalah pada tahun 2016. Kemudian sambung kembali tabiatnya pada September 2018 selepas bekas teman lelakinya, Justin Bieber mengumumkan perkahwinan dengan Hailey Baldwin dua bulan selepas mereka berpisah.
Kini Selena kembali menyatakan perihal yang sama ingin berehat dari media sosial. Dia mengumumkan pada Februari 2023 bahawa dia akan meninggalkan platform media sosialnya selepas terlibat dalam dakwaan perselisihannya dengan Hailey. Tidak itu sahaja, Selena juga dikritik kerana berpenampilan obes.