2. Gigi Hadid
Sejurus selepas Elon Musk memperolehi platform media sosial Twitter, Gigi bertindak untuk menyah-aktifkan akaun Twitter nya kerana Elon memperkenalkan polisi baharu Twitter membuatkan Gigi tidak selesa dengan ‘teknologi baharu’ itu. “Untuk masa yang lama, saya membuat keputusan untuk berehat daripada Twitter kerana ia menjadi semakin toksik, penuh dengan kebencian & ketaksuban. Ini bukan tempat saya yang mahu untuk menjadi sebahagian daripadanya,” tulis model itu melalui Instagram pada November 2022.