4. Tom Holland
“Saya telah berehat dari media sosial kerana ingin mengutamakan kesihatan mental. Kebelakangan ini, saya dapati Instagram dan Twitter terlalu toksik dan penuh dengan desakan cerita tidak benar.” kata pelakon Spider-Man itu pada Ogos 2022 selepas lebih sebulan tidak menyiarkan sebarang foto.
“Saya terperangkap dan berasa tidak selesa membaca perkara yang tidak benar tentang saya di media dan akhirnya, ia sangat memudaratkan keadaan mental saya. Jadi saya memutuskan untuk mengambil langkah ke belakang dan memadamkan aplikasi media sosial.”