Cruise dikhabarkan telah menghubungi Universal Filmed Entertainment Group (UFEG) dan berkongsi idea tersebut yang bakal menyaksikan pelakon berusia 60 tahun itu menaiki roket menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
“Saya rasa Tom Cruise akan membawa kita ke angkasa lepas, dia membawa satu dunia ke angkasa lepas.
“Itulah rancangannya. Kami mempunyai projek hebat yang kini sedang dibangunkan bersama Tom. Menghantar roket ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan menjalankan penggambaran filem,” kata pengerusi UFEG, Donna Langley.