2. Brad Pitt
Pada 18 Disember 1963 di Amerika Syarikat, telah lahirnya seorang bayi lelaki yang dinamakan Brad Pitt. Nyata mempunyai wajah yang sangat tampan, bekas suami kepada Angelina Jolie ini telah banyak membintangi dan mengarah pelbagai filem blockbuster. Biarpun sudah berusia, tetapi wajahnya masih kekal kacak sehingga sekarang ini. Bahkan, wajahnya yang memukau turut disempurnakan dengan tubuhnya yang sasa dan mempunyai stail yang maskulin. Tidak hanya sibuk dengan kerjaya lakonan, malah Brad Pitt juga sering dilihat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan.