7. Salman Khan
Lahir pada 27 Disember 1965 di India, bintang Bollywood ini sememangnya mempunyai wajah yang tampan dengan sosok tubuhnya yang sasa. Biarpun sudah meningkat usia, aktor ini masih lagi kelihatan muda. Salman turut mempunyai citarasa tinggi dalam fesyen yang menyempurnakan bentuk tubuhnya yang sasa. Boleh kata ramai wanita di India yang menggilainya. Sehingga kini, Salman masih lagi kekal solo. Tidak hanya banyak mewarnai industri lakonan, malah juga dia aktif dalam aktiviti kebajikan.