Setiap kali perceraian berlaku, apa yang paling memeningkan kepala adalah perihal hak penjagaan anak. Hal perebutan anak yang akan membuatkan pasangan naik turun mahkamah. Tetapi Tom Cruise nampaknya bakal naik turun mahkamah bukan kerana hak penjagaan anaknya tetapi kerana samannya terhadap sebuah majalah yang mendakwa Cruise mengabaikan anaknya Suri selepas bercerai dengan Katie Holmes.
ASHTON KUTCHER MASUK HOSPITAL KERANA STEVE JOBS? >>
Gambar: TPGNEWS
KATIE HOMES SERIK UNTUK BERCINTA LAGI KERANA TOM CRUISE? >>
Isu ini sememangnya tidak munasabah kerana Cruise bercakap dengan Suri boleh dikatakan hampir setiap hari. Dia juga turut risau sekiranya hubungan dengan anak-anaknya akan terjejas disebabkan keretakan perkahwinannya. Cruise mahu anak-anaknya tahu yang dia akan sentiasa berada di sisi mereka walaupun dia dan ibu kepada anak-anaknya sudah tidak bersama lagi.
Gambar: TPGNEWS
SIAPA PELAKON KACAK YANG PERNAH MENJADI PENARI BOGEL? >>
Nampaknya Cruise seorang yang menepati janji. Ketika dia berada di London untuk penggambaran filem All You Need Is Kill, Cruise telah menghantar jet peribadinya ke New York untuk menjemput Suri dan menerbangkannya ke London semata-mata untuk menghabiskan masanya bersama anaknya itu. Cruise tidak bertemu dengan Suri selama tiga bulan kerana sibuk dengan penggambaran filem di London. Walaupun jadual penggambarannya di sana agak ketat, Cruise masih lagi sempat menghabiskan masanya dengan Suri selama 5 hari.