Walau telah mengikat tali pertunangan selama beberapa bulan, Tom hanya mengesahkan khabar gembira itu pada awal Jun lalu sekali gus meluahkan keterujaannya, “Saya amat gembira.”
Pasangan itu bertemu ketika sama-sama membintangi rancangan Broadway berjudul Betrayal pada 2019 sebagai pasangan kekasih.
Mereka membuat penampilan pertama di karpet merah Tony Awards pada September 2021 dan sekali lagi dirakam berpegangan tangan di BAFTA 2022 yang berlangsung Mac lalu.
Zawe dilihat menyarung sebentuk cincin berlian pada jari manisnya sebelum berita pertunangan mereka tersebar di acara sama.

