Menurut portal ET, nama kedua-dua pelakon ini mula dikaitkan setelah dirakam bercuti bersama di Ibiza, Sepanyol pada pertengahan September tahun lalu.
Mereka dikhabarkan tinggal sebumbung sejak musim panas 2020 namun bijak menyembunyikan perhubungan daripada pengetahuan pihak media.
Zawe juga bakal menyertai pelakon berusia 40 tahun itu dalam Marvel Cinematic Universe tidak lama lagi. Dia dipilih untuk membawakan watak penjahat di samping Brie Larson dalam sekuel Captain Marvel, The Marvels yang bakal menemui penonton pada Julai 2023.

Baca: Hati Telah Dimiliki! Tom Hiddleston Dedah Wajah Teman Wanita Baharu