“OUR HEARTS ARE BROKEN, TOM WAS THE CENTRE OF OUR WORLD AND WE CAN’T IMAGINE LIFE WITHOUT HIS INFECTIOUS SMILE AND ENERGETIC PRESENCE,” KELSEY.
Kelsey turut berterima kasih atas limpahan kasih sayang dan sokongan yang diterima dari orang ramai. Dia menyimpulkan, Tom seorang yang kuat dan berjaya berjuang sehingga ke akhirnya. “Saya selamanya bangga dengan kamu,” tambah Kelsey.
Parker dan isterinya, berkahwin pada 2018 dan mereka mempunyai sepasang anak perempuan Aurelia Rose, 2, dan anak lelaki, Bodhi Thomas, 17 bulan. Kelsey juga memuat naik gambar mereka sekeluarga berpotret hitam-putih.
The Wanted Max, Jay, Siva, Nathan dan seluruh keluarga Wanted berdukacita dengan kehilangan rakan kumpulan mereka, Tom Parker. Kumpulan itu menyatakan, “Tom adalah suami yang luar biasa kepada Kelsey, dan bapa yang baik kepada Aurelia dan Bodhi. Dia seperti abang kami, kata-kata tidak dapat menyatakan kehilangan dan kesedihan yang kami rasa. Sentiasa dan selamanya di hati kami.”