Nak buktikan korang memang die hard fan? Hafal semua lagu? Ingat video klip satu per satu? Jom kita throwback dan tengok Top 5 MV My Chemical Romance paling banyak ditonton di YouTube.
My Chemical Romance (MCR), nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik rock alternatif dan emo sejak awal 2000-an, bakal kembali menggegarkan pentas Malaysia! Kumpulan legenda ini telah mencipta pelbagai lagu ikonik yang masih menjadi siulan generasi lama dan baru.
Mana tahu, semua lagu ini bakal jadi lagu wajib sing-along semasa konsert nanti… Siap sedia, eyeliner hitam dan semangat emo dalam hati, kita hidupkan semula zaman gelap penuh kenangan itu!
1. Teenagers – 190 juta tontonan
Energetik, rebellious, dan sarcastic! Lagu ni macam jeritan frustrasi generasi muda. Siapa tak pernah jerit “Teenagers scare the living sh*t out of me” masa tengah stres dengan dunia?
2. Famous Last Words – 163 juta tontonan
Satu lagi lagu dari era The Black Parade yang powerful. Lagu tentang bertahan walaupun dunia runtuh. MV gelap, penuh api, tapi penuh semangat hidup. “I am not afraid to keep on living”, kalau tahu lirik ni, anda memang OG!
3. I Don’t Love You – 215 juta tontonan
Balada heartbreak dari MCR yang slow tapi pedih. MV hitam putih ni simple, tapi meninggalkan kesan yang dalam. Lagu ni macam surat cinta yang dibakar, indah tapi menyakitkan.
4. Welcome to the Black Parade – 378 juta tontonan
Lagu kebangkitan, lagu perjuangan dan anthem sejuta jiwa emo. Dari piano opening yang ikonik sampai ke chorus meletup, ini national anthem buat semua peminat MCR. Kalau anda tak pernah menangis atau meremang dengar lagu ni… betul ke anda peminat?
5. Helena – 245 juta tontonan
Lagu yang penuh emosi dan visual yang haunting. Persembahan funeral yang jadi pentas penuh ekspresi, “So long and goodnight” bukan sekadar lirik, tapi satu perasaan. MV ni confirm pernah jadi wallpaper hati ramai remaja dulu.
Baca: MUA Pilihan Selebriti Malaysia, Siapa Paling On Demand?