Konsert Travis Scott yang dipentaskan di Festival Muzik Astroworld 2021 di Houston, Texas, Amerika Syarikat Jumaat lalu berlangsung dengan meriah.
Namun siapa sangka sekelip mata ia bertukar menjadi mimpi ngeri terutama buat Travis apabila 300 peminat dilaporkan mengalami kecederaan manakala lapan lagi terkorban termasuk dua remaja berusia 14 dan 16 tahun.
Menurut pengunjung konsert yang hadir malam itu, kehadiran peminat seramai 50,000 orang menyebabkan mereka tidak mampu menggerakkan tubuh, menggaru wajah mahupun bernafas kerana keadaan terlalu sesak dan padat.