Situasi mula menjadi tidak terkawal apabila Travis menjejakkan kaki ke pentas dan membuat persembahan. Peminat mula berhimpit-himpit dan berasak ke hadapan pentas untuk menonton dengan lebih dekat.
Malang tidak berbau apabila ramai terjatuh sebelum dipijak oleh pengunjung lain. Lebih memburukkan keadaan, pengawal keselamatan yang dilantik oleh Live Nation Entertainment tidak mengendahkan jeritan pengunjung yang meminta bantuan.
Tindakan Travis yang enggan menghentikan persembahan juga dikritik walaupun beberapa pengunjung tampil di atas pentas dan berteriak agar konsert ditamatkan. Ia hanya dihentikan sejam kemudian.