Dunia menyaksikan satu kehilangan besar dalam industri perfileman antarabangsa apabila pelakon Perancis, Gaspard Ulliel meninggal dunia.
Gaspard dilaporkan maut akibat kecederaan di kepala setelah terlibat dalam satu nahas ketika bermain ski di pergunungan Apls dua hari lalu.
Menurut portal media antarabangsa, bintang berusia 37 tahun itu hilang kawalan dan melanggar seorang individu ketika meluncur salji di Montvaleza, barat Perancis.
Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital menaiki helikopter, malangnya disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.