Dilahirkan pada 25 November 1984 di Boulogne-Billancourt, nama Gaspard menjadi sebutan setelah membintangi filem Hannibal Rising (2007) dan memegang watak sebagai mogul fesyen Yves Saint Laurent dalam biopik Saint Laurent (2014).
Ketampanan yang dimiliki membuat dirinya menjadi rebutan jenama kecantikan tersohor dunia sehingga dipilih menjadi wajah wangian lelaki Chanel, Bleu de Chanel.
Dia pernah menerima pencalonan untuk Anugerah Cesar bagi kategori Most Promising Actor pada 2002 dan 2003. Setahun kemudian, dia mengunguli anugerah tersebut melalui peranannya dalam filem A Very Long Engagement di samping Audrey Tautou.