Berita ini merupakan kejadian malang kedua buat Minaj. Setahun lalu, abangnya Jelani Miraj dijatuhi hukuman penjara 25 tahun setelah disabit atas kesalahan memperkosa kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.
Minaj tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan yang menimpa abangnya, namun media berjaya mencungkil kes ini sehingga ke butiran terperinci.
Dia dilaporkan mula melakukan penderaan seksual sewaktu mangsa berusia 11 tahun dan memperkosanya berulang kali dari bulan April hingga November 2015 kala ibu mangsa keluar bekerja.
Mangsa memberi keterangan bahawa Maraj menggelarnya ‘boneka’ dan mengugut untuk tidak mendedah perkara yang berlaku jika tidak mahu dirinya diapa-apakan.
Foto: John Shearer/Getty Images for THR