Seorang netizen memberi komen pada foto yang dikongsi penyanyi itu di Instagram dengan menulis, “Oh Tuhan, apa sudah jadi pada wajahnya?”
Seorang lagi sempat berseloroh, “Liam dan teman wanitanya mungkin keluar berjanji temu di pusat kecantikan, jadi mereka mengambil kesempatan itu untuk suntik filler dan botoks bersama.”
“Adakah dia juga terjebak dengan trend membuang lemak bukal di pipi?” tanya seorang peminat, merujuk kepada prosedur kosmetik popular di kalangan selebriti yang bertujuan membuatkan wajah lebih tirus.
“Gembira melihat mereka bersama. Liam kelihatan segak tetapi sangat kurus. Mukanya terlalu cengkung,” seorang lagi meluahkan kebimbangan.