Ketika wawancara bersama rancangan radio Australia, Smallzy’s Surgery bulan lalu, Noah menjelaskan dia berusaha keras untuk mendapatkan susuk sasa setara dengan pelakon gandingan dalam filem itu, Dwayne Johnson. Malah dia terpaksa meningkatkan pengambilan kalori harian kepada 6,000.
“Sebelum ini saya perlu mengambil 6,500 kalori sehari untuk membina badan. Kali ini tidak seteruk sebelumnya,” katanya. Pernah satu ketika dia terpaksa bersarapan dengan 12 biji telur, stik, kentang dan beberapa mangkuk oatmeal.
Disebabkan pandemik Covid-19, penggambaran filem tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Ini memberi Noah lebih masa untuk melakukan senaman berintensiti tinggi, “dua jam setiap hari,” ujarnya.
Bintang ini turut memuat naik foto transformasi tubuhnya di Instagram, membuatkan peminat naik ‘gila’. “Saya tidak bersedia untuk semua ini,” tulis seorang peminat di ruangan komen.
Hantaran tersebut turut menarik perhatian ‘teman wanitanya’ di layar perak dan pelakon gandingan dalam francais To All the Boys, Lana Condor. “Noah, anda tampak hebat,” tulisnya berserta tiga emoji api. Kami juga merasakan yang sama!
Foto: Kat Wirsing/Esquire
Baca: Transformasi Hebat Aamir Khan Dari Bertubuh Gemuk Buncit Ke 6 Packs