Selain aktif sebagai content creator, Tisya Ong sebenarnya sudah banyak menimba pengalaman dalam pelbagai bidang. Dia menimba pengalaman sebagai model dan juga pernah bergelar sebagai seorang pelakon. Mentafsirkan dirinya sebagai seorang yang suka evolving, jadi tidak hairan Tisya pantas mencari peluang untuk menggali lebih banyak potensi dalam dirinya.
Bila ditanya tentang apakah perkara yang dia pelajari sewaktu mencuba-cuba sebagai pelakon, kata Tisya berlakon mengajar dia untuk lebih sabar. “Berlakon nampak mudah di layar kaca, tapi sebenarnya memerlukan banyak research, belajar, menunggu and repeating behind all of that. Berlakon juga membuat saya lebih selesa dan ekspresif bila berada di hadapan kamera kerana sebenarnya saya adalah camera-shy girly.”

Pada usia Tisya sekarang, apa yang boleh dijelaskan tentang fasa kehidupan hari ini?
Sejujurnya been quite chaotic tetapi satu perjalanan yang menarik. I’ve been juggling membahagi masa antara kerja, belajar, events, travelling, and really just trying to figure out life at the same time too. Ada hari yang I have everything together and some days I just try to remember if I’ve eaten lunch or not.
Melihat kembali masa lalu, apakah momen yang benar-benar membentuk siapa diri Tisya hari ini?
Pengalaman di pentas international pageant adalah momen yang membentuk siapa saya hari ini. Pengalaman itu membuka ruang untuk saya didedahkan dengan pelbagai jenis budaya dan perspektif, menolak diri saya untuk keluar dari zon selesa. Dalam masa yang sama membuatkan saya percaya kepada potensi yang saya miliki.
Apakah realiti sebenar yang orang tidak tahu di sebalik pelbagai keindahan dan glamornya foto atau video yang dimuat naik di media sosial?
It’s definitely the chaos before the perfect post. Ada masanya saya akan filming klip yang sama sampai 20 kali, and editing at 2.00 am. Or even berlari-lari dari satu tugas ke tugas yang lain in between classes.

Usia 20-an adalah satu zon atau proses kematangan dan melalui banyak hal-hal yang tak menentu, orang kata uncertainty. Apa pelajaran yang ditimba setakat ini?
That it’s really okay to not have everything figured out. Kedewasaan dan kematangan mengambil masa, dan adakalanya apa yang penting adalah untuk percaya kepada proses.
Bila berasa overwhelmed atau burnt out, bagaimana Tisya reset, menjaga diri sendiri?
Saya akan memperlahankan diri dan kadang-kadang menghilang untuk seketika. Tapi saya memang suka meluangkan masa dengan orang-orang yang saya sayang, and allow myself to really just rest tanpa perlu ada rasa bersalah. Good food, good company and sometimes just doing absolutely nothing.
Bagaimana permulaan Tisya sebagai influencer bermula? Secara kebetulan?
It happened quite organically I would say. Saya mula berkongsi momen percutian, fesyen dan acara yang saya hadiri, and over time it grew into something more professional.
Apakah turning point yang membuatkan Tisya sedar ia boleh jadi satu karier?
Saya mula sedar bila saya lihat schedule saya semakin penuh dengan kempen, events dan kerja lain. Umm, itulah momen yang saya sedar ini bukan lagi sekadar hobi, dan ia sudah menjadi sesuatu yang serius, real thing.

Apakah cabaran terbesar menjadi influencer atau content creator hari ini?
Untuk sehabis baik berkreatif dan dalam masa yang sama algorithm is constantly having mood swing.
Bagaimana kekal auntentik dan dalam waktu yang sama berkolaborasi dengan jenama untuk kempen?
Saya sejujurnya lebih senang bekerja dengan jenama yang seiring dengan nilai gaya hidup saya dan dengan itulah content saya lebih natural dan lebih jujur kepada diri saya sendiri.
Untuk lima tahun akan datang, di mana Tisya lihat karier Tisya berkembang?
Harapnya saya dapat melakukan apa yang saya suka dalam skala yang lebih besar., projek yang lebih besar dan mahu lebih banyak ruang dan peluang yang akan mencabar diri saya dalam cara yang berbeza. Saya adalah seorang yang mahukan perubahan, jadi saya tak nampak yang diri saya akan lakukan benda yang sama. And I do wanna see myself building something of my own.
Apakah tiga ciri stail peribadi?
Edgy, versatile and evolving.
Siapa atau apa pengaruh terbesar dalam dalam hal stail?
Saya boleh kata Pinterest adalah inspirasi dan rujukan utama. It’s like a rabbit hole of ideas, rujukan dan inspirasi yang takkan habis. Fesyen adalah satu cara untuk saya berkomunikasi tanpa menggunakan kata-kata. Dan fesyen adalah ruang untuk saya berseronok, bereksperimen dengan sisi lain personaliti diri saya.

Sebagai seseorang yang berpengaruh, apakah impak yang diharapkan pada pengikut media sosial Tisya?
Saya harap ada yang terinspirasi untuk menjadi lebih yakin dengan diri mereka untuk kejar impian dan cita-cita mereka, kecil atau besar, even if they’re still figuring things out along the way.
Tisya pernah berlakon sebelum ini, apa yang menarik dari pengalaman di set?
I absolutely love acting. Ia adalah satu pengalaman yang seronok dan menarik. Berlakon betul-betul menolak saya untuk keluar dari zon selesa dan memberi ruang untuk saya menerokai sisi diri saya yang lain dan juga industri yang berbeza. Tapi dalam masa yang sama berlakon memakan masa yang agak lama, dan agak sukar untuk saya yang mahu fokus kepada keluarga dan pelajaran, dan mungkin peluang kerja dalam bidang peragaan dan content creation.
Apakah hari yang sempurna bagi Tisya?
Sejujurnya hanya tidur, good food, good company. That’s it!
Jika boleh diberikan satu nasihat kepada diri Tisya sewaktu remaja dulu, apakah nasihatnya?
Berikan kepercayaan yang lebih kepada diri sendiri. Things will work out in ways you can’t even imagine yet.

Okey, akhir sekali, apakah life goals Tisya?
Membina kerjaya yang bermakna, create something of my own, dan menjalani kehidupan yang akan memberi ruang untuk saya terus belajar, membesar dan memberi inspirasi kepada orang lain. Dan dalam masa yang sama saya mahu menjalani kehidupan yang menggembirakan diri, membuat keluarga dan kawan-kawan bangga dan bahagia.
