Travie bukanlah satu nama asing buat peminat muzik di Malaysia. Dia memulakan kerjaya sebagai penyanyi dengan mengasaskan kumpulan Gym Class Heroes pada 1997 dan mengeluarkan album pertama, The Papercut Chronicles lapan tahun kemudian.
Namanya meniti bibir peminat antarabangsa setelah melancarkan album sulung, Lazarus pada 2010 yang menampilkan lagu Billionaire, kolaborasinya bersama Bruno Mars.
Kerjayanya terus melonjak dengan penghasilan lagu demi lagu dan kerjasama dengan beberapa artis terkenal termasuk Rihanna, Cheryl Cole, Taio Cruz dan Jason Mraz.
Tahun lalu dia menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Hopeless Records dan melancarkan lagu A Spoonful of Cinnamon pada 18 Jun.
Baca: The Weeknd Batal Konsert Secara Tiba-Tiba Selepas Menyampaikan Tiga Lagu