Okey, memang tidak dinafikan tubuh pelantun lagu Tonika itu kelihatan hebat. Namun bagi Maluma, alasan utama dia mengikuti rejim kecergasan adalah untuk memastikan pemikirannya berada di tahap terbaik.
“Matlamat kecergasan? Menjadi gembira,” katanya kepada Men’s Health pada 2019. “Jika anda mempunyai mentaliti yang tepat dan cara berfikir yang betul, semuanya akan menjadi baik. Saya suka bermeditasi. Ia sebahagian besar daripada kerjaya saya. Hanya fokus dan fokus. Juga bersyukur. Bagi saya, itu adalah perkara paling penting.”
Rutin yang konsisten adalah bahagian terpenting dalam pendekatan Maluma terhadap kesihatan dan kecergasan. Dia memulakan harinya dengan menu sarapan sama setiap hari – putih telur, daging ayam, bawang, tomato, jus sayuran, dan kopi – diikuti beberapa variasi rutin senaman yang sama juga seperti berbasikal dan angkat berat.
Foto: Mario Sorrenti/Calvin Klein
Baca: Transformasi Luar Biasa Noah Centineo Untuk Watak Adi Wira