2. Henry Golding
Warganegara Malaysia yang berusia 35 tahun ini telah memenangi hati ramai orang, lagi-lagi kaum wanita apabila dia berlakon sebagai pewaris Asia kaya, Nick Young dalam “Crazy Rich Asians“. Berpindah ke Kuala Lumpur dari England pada usia 21 tahun, pelakon berkarisma ini memulakan kerjayanya dengan menjadi penyampai dan hos pelancongan di BBC dan Discover Channel.
Sebelum ini, Henry turut berlakon untuk filem tempatan iaitu “Pisau Cukur” dan “The Borneo Incident”.