3. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Gelaran idaman seluruh rakyat Malaysia sejak kanak-kanak,menjadi angkasawan Malaysia. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor merupakan rakyat Malaysia pertama yang pergi ke angkasa lepas dan beliau turut memecahkan rekod dunia lagi satu iaitu menjadi orang Islam pertama yang menyambut Ramadhan semasa berada di angkasa.
Perjalanan bersejarah itu berlaku pada 10 Oktober 2007 di mana dia berlepas bersama dua angkasawan lain dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan. Selama sembilan hari di stesen angkasa, dia melakukan pelbagai ujian saintifik dan eksperimen, pengalaman yang dikongsikan oleh beliau sungguh memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sekembalinya ke bumi, beliau telah mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam program penyelidikan angkasa lepas dan menganjurkan pelbagai ceramah motivasi dengan niat untuk menyampaikan inspirasi kepada generasi muda.