4. Remy Hii
Anda mungkin tahu atau tidak tahu bahawa pelakon Australia Remy Hii, sebenarnya adalah rakyat Malaysia! Anak jati Kota Kinabalu, Sabah ini merupakan pelakon filem “Spider-Man: Far From Home”. Berketurunan Cina-Malaysia dan Inggeris, Remy telah mencipta kejayaan besar pada 2013 dengan membintangi siri mini biopik TV berkisahkan tentang seorang lelaki Vietnam-Australia yang ditangkap di Singapura dan dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah.
Kemudian pada 2014, Remy membintangi siri TV ‘Marco Polo’ sebelum memegang watak Alistair Cheng dalam ‘Crazy Rich Asians‘.