5. Dato’ Jimmy Choo, (OBE)
Namanya bukan sahaja membanggakan Malaysia, malah budi pekertinya juga disengani satu dunia. Jimmy Choo sinonim dengan pembuatan kasut mewah wanita di seluruh dunia dan orang akan melakukan apa sahaja untuk memiliki sepasang kasut yang direka khas olehnya.
Dilahirkan di Pulau Pinang, Jimmy Choo telah belajar membuat kasut pada usia muda, 11 tahun. Minatnya yang mendalam telah membuatkan dia berjaya menyambung pelajaran di London dan pada tahun 1983, beliau berjaya memegang status graduasi mahasiswa dari London College of Fashion.
Tiga tahun kemudian, dia membuka kedai kasutnya di Hackney. Reka bentuknya yang selesa dan ikonik telah menjadi kasut yang paling dicari orang kaya. Daripada orang biasa kepada selebriti dan juga Diraja, setiap dari mereka ini mengidamkan sepasang Jimmy Choos. Mendiang Puteri Diana merupakanpelanggan setianya, menakjubkan?
Dalam dunia fesyen, sudah pasti tiada rakyat Malaysia yang mampu menandingi Jimmy Choo. Kejayaan yang dimilikinya telah membuatkan UK mengiktiraf sumbangannya kepada industri fesyen kasut dengan menganugerahkannya Order of the British Empire (OBE).