Peminat mula berkongsi tangkapan skrin mesej ralat di halaman penyanyi itu sekali gus menyatakan kebimbangan atas ‘kehilangannya’ secara tiba-tiba.
Sesetengah daripada mereka tertanya-tanya adakah buli siber menjadi punca, namun beberapa peminat lain membuat andaian bahawa ia adalah gimik untuk mengumumkan projek baharu.
Apa jua alasan, nampaknya Ariana tidak akan membuat sebarang perkongsian di Twitter dalam masa terdekat. Namun peminat boleh menarik nafas lega kerana juri The Voice itu masih lagi aktif di Instagram.
Malam Jumaat lalu dia menyampaikan ucapan Hari Krismas buat peminat menerusi satu video di Instagram Story berserta kapsyen ringkas, “Merry. Be safe, I love you.”