Tweet Nur Fazura yang berkaitan penangguhan tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat serta pengikutnya di laman Twitter.
Penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu telah memuat naik tweet yang mengaitkan tahap keimanan masing-masing. Rata-rata pengikutnya menyindir akan kata-katanya itu.
Tayangan Beauty & The Beast dibatalkan hanya kerana? Haih.. Saya tak sangka Iman mereka senipis kulit bawang.
— Nur Fazura (@missfazura) March 13, 2017
Ada juga di antara peminatnya yang menyokong kenyatan Fazura itu. Fazura walaubagaimanapun tiada memberi sebarang maklum balas ke atas segala tweet dari pengikutnya yang membanjiri akaun Twitter nya.
Umum tahu filem adaptasi animasi Disney, Beauty and the Beast yang dinantikan ramai telah ditangguhkan tayangannya atas sebab reviu dalaman.
Ia adalah berpunca dari babak yang berkaitan dengan homoseksual yang terkandung di dalam filem tersebut. Namun, usah dibimbangkan kerana ia masih akan ditayangkan kerana babak tersebut telah pun dipotong dan ditapis.