Tya Adnan, isteri kepada aktor popular tempatan Shukri Yahaya dimasukkan ke hospital gara-gara dijangkiti demam kencing tikus.
Tya telah dibawa ke sebuah pusat perubatan di Kajang kelmarin. Menurut sumber Harian Metro, Shukri memaklumkan yang keadaan isterinya sekarang ini semakin stabil.
Meskipun kian stabil, Tya dikatakan terpaksa ditahan di wad untuk tempoh tiga hari lagi kerana memerlukan pantauan doktor. Pada awalnya, Tya telah mengalami demam berlarutan selama 10 hari.
“Ketika itu, suhu badannya juga meningkat sehingga 39 ke 40 darjah celsius. Pada waktu malam pula, demamnya semakin menjadi-jadi sehingga menggigil. Selain itu, badannya turut ditumbuhi bintik-bintik kemerahan,” kata Shukri lagi.
Tya turut sempat memuat naik sekeping gambar di dalam Instagram miliknya dengan kapsyen “Doakan saya supaya cepat sembut, sihat seperti sedia kala. Masih banyak perkara yang perlu lakukan demi masa hadapan. Doakan Tya ye!” berserta hashtag leptospirosis.
Semoga Tya cepat sembuh seperti sedia kala dengan secepatnya.