Siapa sahaja tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon yang tidak pernah lari daripada kontroversi ini?
Selena Gomez pertama muncul di persada seni pada usia 10 tahun dengan lakonannya bersama Demi Lovato di rancangan kanak-kanak Barney and Friends. Pada usia 15 tahun pula, dia melakonkan watak Alex Russo di dalam rancangan Disney iaitu Wizards of Waverly Place.
Bermula daripada watak ini, namanya melonjak naik seiringan Demi serta Miley Cyrus dan mereka sering digelar trio pop generasi baru sama seperti Britney Spears, Christina Aguilera dan Jessica Simpson dulu.
Dia juga mula mengembangkan sayap dengan melancarkan karier dalam industri muzik dan hasilnya kini Selena merupakan antara salah seorang penyanyi wanita paling berjaya di dalam industri.
Walaubagaimana pun, kehidupan Selena tidak begitu mudah seperti yang diangan-angankan terutamanya ketika dia mula menjalankan hubungan dengan Justin Bieber.
Hubungan romantis mereka bukan sahaja dikecam oleh Biebler (peminat Justin) malah sering ada gosip yang menguar-uarkan bahawa Justin curang terhadap Selena.
Hubungan mereka yang seringkali on-off juga tidak pernah tidak terpampang di dada akhbar dan dikutuk dengan kecam oleh mana-mana blog gosip di seluruh dunia terutamanya kerana perangai Justin kurang disenangi ramai dan Selena terkena tempiasnya.
Pada tahun 2013, dia disahkan menghidap penyakit Lupus dan bagi menangani masalah ini, dia menjalankan rawatan kemoterapi. Namun begitu, selepas tour di seluruh dunia pada tahun ini, Selena mengambil keputusan untuk berehat seketika dan tidak muncul di mata umum walaupun dia tidak menyatakan sebab.
Ada yang mengatakan bahawa dia cuba pulih kerana penyakit ini, ada juga yang mengatakan dia mengalami masalah dengan depresi dan malah ada yang mengatakan bahawa dia cuba menyembunyikan diri selepas bergaduh dengan Justin Bieber di media sosial.
Di Anugerah American Music Awards 2016 baru-baru ini, Selena muncul buat kali pertama selepas berdiam diri sejak Ogos dan berjaya memenangi anugerah untuk kategori Artis Kegemaran Pop/Rock. Ketika berucap, secara jujurnya dia mula berbicara mengenai pergelutannya di mata umum.
https://www.youtube.com/watch?v=veEKJL5RIJ4
“Pada tahun 2014, di atas pentas ini buat kali pertama saya 100 peratus jujur dengan anda semua. Saya boleh katakan bahawa anda semua tahu kesemuannya tentang kehidupan saya sama ada saya suka atau tidak. Saya terpaksa berhenti walaupun saya memiliki segala-galanya namun secara dalaman diri ini berontakan. Saya cuba untuk kekal tenang kerana saya tidak ingin mengecewakan anda semua namun tindakan ini membuatkan diri sendiri rasa kecewa. Saya tidak mahu melihat badan anda di Instagram. Saya mahu lihat apa yang ada dalam diri. Saya tidak cuba untuk mendapatkan pengesahan dan saya tidak memerlukannya lagi. Apa yang saya boleh katakan secara jujurnya saya amat bersyukur kerana saya berpeluang untuk berkongsi apa yang saya gemar lakukan dengan semua orang yang saya sayangi. Saya perlu berterima kasih kepada peminat kerana anda semua sangat setia dan saya tidak apa kebaikan yang saya telah lakukan sehingga mendapat sokongan hebat seperti ini. Jika anda dalam kesedihan, lakukan sesuatu. Anda patut tahu sesuatu tentang diri saya. Saya amat mengambil berat tentang orang yang saya sayangi. Terima kasih atas anugerah ini. Ini adalah untuk anda.”
Ucapannya juga menyentuh hati Lady Gaga yang dilihat dalam kamera, mengalirkan air mata. Selepas majlis anugerah tersebut, Lady Gaga memuat naik gambar dengan caption yang menyokong Selena Gomez. Bukan itu sahaja, Ariana Grande sertaq Pete Wentz daripada Fall Out Boy memuji ucapan tersebut.