Walau telah berpisah sedekad lalu, Chris Brown dilihat masih belum melupakan bekas kekasihnya, Rihanna.
Jumaat lalu Chris merakamkan ucapan tahniah kepada Rihanna atas kelahiran bayi pertamanya bersama teman lelaki, A$AP Rocky sejurus selepas mendapat tahu mengenai berita itu.
“Tahniah,” tulisnya ringkas di Instagram Story berserta tiga emoji: Jari bersusun tanda kesyukuran, hati berwarna merah dan wanita hamil.
