Ummi Nazeera tidak memaklumkan terlalu cepat dan hanya mahu berkongsi tarikh pernikahannya selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Aktres terkenal ini memaklumkan bahawa dia akan mengadakan majlis pernikahan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.
Ummi turut memaklumkan yang mana teman rapat serta rakan media hanya akan diundang ke majlis resepsinya nanti.
“Di sebelah keluarga saya, kami akan mengadakan dua majlis berasingan walaupun pada awalnya hanya satu yang dirancang. Apabila mengenangkan lokasi pertama tidak dapat memuatkan ramai tetamu, jadi kami memutuskan untuk mengadakan sebuah lagi majlis,” kata Ummi kepada BH Online.
Ummi dan seorang doktor yang hanya dikenali sebagai Doktor Izzar mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu. Masing-masing mengenali antara satu sama lain setelah mereka diperkenalkan oleh keluarga.
Bagi Ummi, Izzar seorang yang bijak dan pandai mengambil hati keluarganya. Hampir memasuki setahun mereka berkenal, dia merasakan yang mereka sudah saling mengenali antara satu sama lain.
Ummi dikatakan memilih konsep tradisional Melayu untuk hari bahagianya itu nanti. Meskipun berjauhan kerana Izzar bertugas di Sarawak, mereka sering bertemu demi untuk menguruskan persiapan perkahwinan mereka itu nanti.
“Bagaimanapun, saya memang berharap dia akan dipindahkan ke Putrajaya, sebab agak susah juga apabila masing-masing berjauhan. Dulu, kami jarang berselisih faham, tetapi sejak bertunang sering pula bergaduh. Begitupun, ia cumalah gaduh-gaduh ‘manja’, dan tidaklah sampai ke tahap yang boleh membuatkan hubungan kami dingin,” kata Ummi.