Walaupun berita kehamilan ini menggembirakan peminat, ramai membuat spekulasi bahawa pasangan itu telah pun berumah tangga kerana Britney menggunakan gelaran ‘suami’ buat tunangnya.
Model dan jurulatih kecergasan berusia 28 tahun itu juga seakan memberi petunjuk mengenai perkahwinan mereka menerusi hantaran terkini di Instagram.
“Perkahwinan dan anak-anak adalah perkara semula jadi daripada ikatan perhubungan kukuh yang dipenuhi dengan kasih sayang dan rasa hormat. Bergelar bapa adalah perkara yang telah lama saya nantikan dan tidak akan ambil mudah. Ia adalah tugas terpenting yang akan saya galas,” tulisnya.