Tom Brady mengejutkan peminat apabila mengumumkan persaraannya sebagai pemain quarterback National Football League (NFL).
Berjaya mencipta tujuh rekod kemenangan Super Bowl, Brady menghabiskan 20 musim bersama New England Patriots sebelum berpindah ke Tampa Bay dan memimpin Buccaneers ke kejuaraan Super Bowl musim lalu.
Atlet berusia 44 tahun itu berkongsi berita persaraannya menerusi satu hantaran di Instagram Selasa lalu sekali gus menjelaskan alasan di sebalik keputusannya.