Menurut agensi pengurusan pasangan ini iaitu Salt Entertainment dan Santa Claus Entertainment, perkahwinan Park Shin Hye dan Choi Tae Joon akan dilangsungkan dalam satu majlis tertutup pada 22 Januari 2022 di Seoul, Korea Selatan.
Sehingga kini butiran perkahwinan masih dirahsiakan namun Salt Entertainment turut mendedahkan bahawa Park Shin Hye sedang berbadan dua.
Pelakon berusia 31 tahun itu turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu kenyataan buat peminat-peminatnya.