“Saya berasa gementar untuk berkongsi satu berita dengan anda semua hari ini, namun saya juga bimbang anda akan terkejut jika mendengarnya daripada pihak lain. Jadi saya ingin anda semua menjadi yang pertama mengetahui berita ini.
“Saya akan mendirikan rumah tangga dengan insan yang telah lama bertakhta di hati saya. Dia menjadi tulang belakang saya sejak sekian lama dan menerima segala kekurangan insan bernama Park Shin Hye, dan saya mahu memulakan hidup baru dengannya sebagai pasangan suami isteri.
“Walau berasa ragu-ragu untuk berkongsi berita ini kerana masih di peringkat awal, saya juga ingin mengumumkan bahawa saya sedang hamil. Saya mahu anda semua menjadi yang pertama mengetahuinya,” tulisnya panjang lebar.