Choi Tae Joon turut mengeluarkan satu kenyataan mengenai rancangan perkahwinan dan bakal suri hatinya.
“Dengan hati yang berdebar, saya ingin berkongsi beberapa berita yang saya mahu anda semua tahu. Saya telah menjalin perhubungan bermakna dengan seseorang sejak sekian lama. Dia bagaikan penyelamat yang mengajar saya tentang kebahagiaan dan cara mengatasi kesedihan.
“Kini, kami ingin saling bertukar ikrar dan membawa perhubungan ini ke jenjang pelamin. Dan kala membuat persiapan perkahwinan, kami dianugerahkan dengan kehadiran cahaya mata yang bakal lahir tidak lama lagi. Semoga dia menjadi penyeri rumah tangga kami,” tulisnya.
Foto: CNN
Baca: “Saya Berdoa Agar…” – Elfira Loy Umum Hamil Anak Kedua