Pada tahun 2005, album Ungu ‘Melayang’ telah mencapai kejayaan besar dan diterima dengan baik yang meletakkan mereka sebagai superstar antarabangsa. Mereka juga mencapai populariti yang luar biasa di Indonesia dan benua Asia. Mereka dicalonkan ‘Kumpulan Muzik Terbaik’ dalam Anugerah Muzik Asia MTV pada 2006 dengan lagu single ‘Demi Waktu’ dari album ‘Melayang’. Album studio ke-7 mereka berjudul ‘Mozaik’ yang dikeluarkan pada 2015 telah terjual lebih 200,000 salinan dan memenangi Anugerah Album Platinum.
Konsert yang dianjurkan oleh Star Planet, “Ungu’s 26th Anniversary Live in Malaysia” akan diadakan pada 18hb dan 19hb November 2022, 8.30 malam bertempat di STAR Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM di Kuala Lumpur.
Peminat boleh mendapatkan tiket di Ticket2U dan ticket dijual pada harga RM188, RM238, RM328, RM388, RM458 dan RM598 (tertakluk kepada bayaran pemprosesan tiket RM4). Semua pembeli tiket VVIP akan menerima poster bertandatangan kumpulan Ungu dan berpeluang bergambar berkumpulan bersama Ungu! Untuk maklumat lanjut, layari Star Planet atau hubungi +603 92233667.
Baca: Berkongsi Foto Patung Berhala, Shah Rukh Khan Bikin Netizen Berang