Tick tock! Tidak lama lagi pasangan terhangat Bollywood-Hollywood iaitu Priyanka Chopra dan Nick Jonas pula yang bakal menamatkan zaman bujang mereka.
Priyanka dan Nick telah pun memulakan upacara puja yang mana ritual sembahyang bagi agama Hindu di Mumbai. Beberapa laporan media di sana mengatakan yang upacara tersebut berlangsung di kediaman ibu Priyanka iaitu Dr. Madhu Chopra.
Priyanka dilihat cukup chic dan cantik berseri dalam persalinan tradisional kurta India berona biru terang sarat manik, sementara Nick mengenakan kurta berona merah jambu dan krim cerah, yang mana cukup sepadan bersama.
Joe Jonas serta tunangnya, Sophie Turner turut dilihat hadir ke majlis tersebut memakai pakaian tradisional India. Awal minggu ini, Priyanka sempat memuat naik sekeping gambar yang mengetengahkan Nick bersama keluarga dan teman-temannya dengan kapsyen ‘Friends…Family..❤️.”
Priyanka dan Nick bakal berkahwin di Taj Umaid Bhawan Palace di Jodhpur, India. Menurut sumber terdekat dengan pasangan ini, perkahwinan mereka bakal berlangsung dari 30 November sehingga 2 Disember.
Laporan dari Entertainment Tonight mengatakan yang majoriti majlis perkahwinan pasangan ini adalah berlatar belakangkan upacara India kerana Nick memahami bagaimana pentingnya upacara tersebut buat Priyanka agar kekal terus dengan latar belakangnya dan dia mahukan Priyanka mendapat yang terbaik untuk majlis perkahwinan mereka.