Sembilan bulan berumah tangga, kehidupan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran kini diserikan dengan kehadiran cahaya mata pertama.
Uyaina dan Syahiran mengumumkan khabar gembira itu kepada pengikut menerusi satu kenyataan bersama di Instagram, berserta foto genggaman tangan keluarga kecil mereka.
“Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdulillah.
“Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia, serta seorang pemimpin yang hebat,” tulis mereka.