Sama seperti ibu bapa lain, Syahiran dan Uyaina turut tidak ketinggalan menitipkan doa buat cahaya mata sulung mereka.
“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang,” tulis mereka.
Pasangan penyanyi dan pengacara itu selamat disatukan sebagai suami isteri pada 21 Disember 2021 di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur selepas dua tahun perkenalan.
Uyaina mengesakan berita kehamilannya pada 2 April sebelum mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya bersama peminat pada bulan Ogos.
Foto: Instagram
Baca: Uyaina Arshad & Oktovia Manrose Selamat Bergelar Isteri