Tarikh yang sama di sebelah malam pula menyaksikan Oktovia selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan hati iaitu bekas pemain bola sepak Melaka, Mohamad Kharul Efsan Mdisa.
Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Oktovia yang merupakan bekas penyanyi dangdut, Wan Syahman Wan Yunus atau lebih dikenali sebagai Iwan pada jam 9.30 malam.
Bintang Bila Cupid Jatuh Cinta itu menerima mas kahwin sebanyak RM80, sebentuk cincin berlian dan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak lelaki.
Majlis yang berlangsung di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard dihadiri oleh 250 tetamu termasuk ahli keluarga serta rakan terdekat di kalangan selebriti iaitu Nelydia Senrose, Raysha Rizrose, Uqasha Senrose, Kamal Adli dan Emma Maembong.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Oktovia yang pernah bergelar isteri pada 2011 sebelum bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan pertama dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 10 tahun.
Foto: Project2pi/Kosmo
Baca: Kamal Adli & Uqasha Senrose Berkongsi Perancangan Bulan Madu